Thursday 30 May 2013

Be strong!

  " Be strong! " Selalukan kita dengar rakan-rakan kita kata camni bila kita ada masalah? Dalam hati " Senanglah kau cakap. Yang kena aku". Hmm La Tahzan. Ingat. Inallaha Ma'ana (Allah is always with us).

               Setiap kesulitan yang kamu hadapi akan menguatkan hati. Kesulitan itu akan mengelakkan kelalaian, menyalakan zikir, menghiasi diri untuk berbuat baik kepada orang lain. Setiap dugaan yang kita hadapi pasti ada hikmahnya. Masalah ini jugalah yang membuatkan kita matang. Jangan sesekali kita salahkan Allah jika kita diuji. Allah uji kita kerana Dia sayangkan kita. Dia tak mahu kita terus lalai. Biasa kan kita lihat, bila seseorang itu dilanda pelbagai masalah, Masa tu baru lah nak bentang sejadah, buka Al-Quran. Sebab itu lah Allah beri kita dugaan. Jika tidak? Pasti kita terus lupa padaNya. Bila masalah melanda dirimu, mengadu padaNya, bukan luahkan segala masalah kita di laman sosial. Ambil wudhu', beristighfar, tenangkan diri, berdoa, bertasbih. Barulah kita akan memperoleh ketenangan ;)

Alasan wanita tidak menutup aurat.

 
 Alasan wanita tidak menutup aurat :-
 
             Rasulullah SAW bersabda;
"Aku telah melihat di dalam Neraka kebanyakkan penghuninya adalah wanita disebabkan mereka sedikit yang patuh pada Allah dan Rasul-Nya, kurang taat pada suaminya dan kerana banyak tabarruj mendedahkan aurat dan berhias-hias." 

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

TIPS MENEPIS CINTA REMAJA

Tips menepis cinta remaja :-

1. Tegas dengan prinsip diri.

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.

*Ingat. Kita hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah. Persiapkan diri kita untuk keperluan dunia akhirat.

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.

* Seeloknya carilah kawan yang boleh bawa kita ke syurga bukan neraka.

4. Mengekang hawa nafsu.

5. Mendekati majlis ilmu.

*Rajin-rajinlah pergi ke majlis-majlis ilmu, kuliah agama dan sebagainya.

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah.

Tiada Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum kahwin?
Cinta yang bertandang di lubuk hati memang fitrah. Tapi, bila disusuli tindak-tanduk yang tidak diredai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Hmm tapi untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbangg ia jadi tawar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Aku juga menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadis yang bermaksud :

"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid"

                     (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain).
          
BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN :

 * Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
 * Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan  menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.
* Hati terseksa dengan barah rindu.
* Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
* Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia& akhirat.
*Fitnah cinta ibarat racun yang membunuh akal, jiwa dan perasaan.
* Jiwa terganggu untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
* maksiat berleluasa.